ANNOUNCEMENT

----------------------------------------------------------------------------


Looking for beading materials such as MIYUKI SEED BEADS (Manik Miyuki), TOHO PEARLS, ACRYLIC SEW ON STONES..? come visit MARVEL BEADS! I am supplying beading materials at the most reasonable price..!

----------------------------------------------------------------------------

Monday, October 12, 2009

Baju untuk open house Office!

A week after raya, dapat notice yang ofis nk buat open house untuk our big customer at PNB, Darby Park Hotel. So otak hasanah pon mula bekerja keras berfikir baju apa nk pakai on that day. Open house ofis kan, mesti la nak melaram! Lama jugak fiikir nk pakai baju apa.. bila dah decide nk pakai baju apa, terus pikir nk jahit manik apa kat baju tersebut. (nak promosi kerja tangan la konon nya). tapi hasanah tanak pegi beli manik sbb tak sempat dah. cuma tinggal beberapa hari je lagi. nk beli online pon tak sempat gak.. so lepas selongkar manik2 yang ada and padankan ngan baju yg nak dipakai, dpt la jumpa manik yg sesuai. since manik yg ada tu terhad, maka design pon terhad la jua..

dengan manik silinder yg ada, hasanah decide nk wat bunga lawang. memula buat kat baju kaler maroon, sbb nk pakai baju tu kan.. after halfway buat, baru teringat yang tudung untuk dipakai dengan baju tu tak berbasuh lagi!! huhuuuu sangat clumsy ok!

so tepakse tukar baju lain.. punya la geledah lagi baju n manik2 yang ada utk mix and mtach kan.. end up dapat la padankan baju biru/kelabu ni dengan labuci biru and manik putih.

Hasanah menjahit dlm masa 5jam je sbb tu je masa yg ada lepas tepakse tukar baju. Memula jahit labuci n manik tu je keliling hujung lengan, sbb nk cover jahitan hujung lengan tuh. Baju ni murah je beli. RM30 je. so jahitan sangat la tak kemas dan memalukan.. so hasanah alter la dengan letak labuci tu supaya tertutup keburukan jahitan hujung lengan tu.. pastu bila dah siap, tgk ada masa lagi, and baju tu nampak sangat simple dan kosong.. so hasanah tambah design bunga lawang kat situ. in-case masa tak cukup, hasanah siapkn satu bunga lawang untuk setiap lengan baju. Kalau tak sempat, still boleh pakai baju tu. takla nampak cacat kannn?
Akhirnya, apa yg di duga mmg jadi kenyataan! cuma sempat siapkn satu bunga lawang utk each lengan in 5hours! aiiihhh.. tak pelahh.. cun jugak la untuk dipakai. So lepas ni, hasanah nk tambah lagi design kat baju ni. Rasa macam nk tambah lagi 2bunga lawang for each lengan, pastu nk wat kat kaki baju jugak, supaya nampak lagi cantek!!

So tunggu hasilnye nanti! Buat masa ni, enjoy these pictures dulu ...


(click picture to enlarge)
Nama: Labuci dan bunga lawang

 
(click picture to enlarge)
Nama: Labuci dan bunga lawang


 
(click picture to enlarge)
Nama: Labuci dan bunga lawang


Beriring untuk Fariza

Ofismet saya, fariza berkenan tengok kan baju saya yang saya jahit manik beriring tempohari. Terus fariza nk saya jahitkan manik untuk baju raya nya. Lepas je fariza beli baju tu on the wikend, the next day on Monday, terus dibawa ke ofis utk kitorg diskas pattern macam mana yang fariza nak. Masa tu cuma tinggal 10hari je nk raya. Memang bertungkus-lumus hasanah siapkan baju Fariza nih!

Fariza suka betul dengan pattern baju pertunangan kawannya. Setelah puas explain macam mana rupa pattern baju tersebut, lastly we decided to choose manik beriring dekat bahagian lengan dan leher. Memula Fariza request 4layer manik beriring. Kategori heavy la kan. Pastu decide manik warna apa yang dia lebih suka. either merah hijau or putih merah. Since fariza pilih putih merah, so hasanah pon pegi la beli manik putih merah.

Baju fariza kain chiffon jugak. sangat lembut dan sensitif. Since nk jahit manik beriring kat lengan will make the structure of the chiffon rosak dan jahitan menjadi tidak kemas, so hasanah decide utk apply kain gam supaya kain tak rosak dan jahitan lebih kemas. Alhamdulillah, kemas jahitan manik beriring di atas kain gam.

Untuk bahagian body baju, hasanah jahit manik untuk menaikkan biji2 bunga pada baju tersebut. Ianya simple, kemas dan berseri. hasanah pilih rekaan ni sbb kain baju tersebut adalah chiffon, maka tak sesuai untuk hasanah jahit manik yang heavy ke atas corak bunga kerana bimbang jahitan tidak kemas dan jalinan benang dibahagian belakang baju akan kelihatan. Kain chiffon kan nipis dan jarang. Nak letak kain gam di bahagian body baju tak boleh sbb nnti baju nampak burukkk!!! so setelah diskas ngan hasben, hasanah come up with this creation...


(click picture to enlarge)
Nama: Merah Putih Beriringan

 
(click picture to enlarge)
Nama: Merah Putih Beriringan

 
(click picture to enlarge)
Nama: Merah Putih Beriringan
 
Hasanah harap fariza gembira dengan hasil kerja hasanah. Fariza tolong komen and kritik kat mana yang tak berkenan ek? I need it to improve my skill dear..

(^-^)

Taburan untuk emi

Baju ni ialah baju raya emi. kain chiffon. sangat lah lembut lembik dan sensitif. nk handle pon kenalah secara lemah gemalai. Benang pon kena tarik pelan2 je. If not, rosak la kain.
Baju ni tangan dia cekak musang. Corak baju ialah abstrak dan pelbagai warna.
Emi dengan baik hatinya membenarkan saya menjahit manik tabur pada bajunya yang mahal ini..

Manik tabur ni ialah my first attemp utk belajar jahit manik tabur. Simple je nk wat manik tabur, but sangat rumit dan memakan masa. nk menyiapkan bahagian bawah/kaki baju tu aje took me 3days with each day spent around 6-10hours beading non-stop. Manik yang digunakan adalah pilihan emi sendiri. disebabkan pembelian manik tear-drop tu tak banyak, so takleh nk wat corak-corak bunga sebagainya. Untuk baju ni hasanah tak sempat nak servey banyak sangat for the proper design sebab busy di bulan puasa... Al-maklumlah, balik keja kena masak. Pastu masa untuk menjahit cuma ada 2jam sehari. Nak browse sangat tak sempat.

Maka inilah hasilnye...

(click picture to enlarge)
Nama: Taburan serata

 
(click picture to enlarge)
Nama: Taburan serata


For my next taburan, saya nak jahit rapat-rapat supaya hujung lengan/baju lebih berat dan sarat. Saya juga nk perbanyak penggunaan jenis manik yang lain and maybe nak masukkan corak2 bunga dan sebagainya supaya tak nampak plain. Fuhhh fuhhh fuhhh!! dah terbayang caner rupa taburan seterusnya yang nk dibuat. Tunggu dapat baju yang sesuai je lagik nih!


Ganbatte ne hasanah~!!

Second attempt on Jahit Manik!

Salam semua..!!

Hasil kerja kedua saya ialah manik beriring. Masa ni da pandai sikit, siap bawak baju pegi kedai cina tu utk beli manik. Cari punya cari warna yang sesuai, memula beli beads warna purple and beads warna putih yang tak transparent. Tak reti la jenis2 beads ni masa ni. Time beli tu cuma kenal beads bulat, heksagon and silinder je. Tak tahu pon jenis2 beads memainkan peranan bila nk menjahit nanti.. Terbelilah manik putih heksagon and manik purple silinder..

Balik tunjuk kat hasben, hasben kata putih ni tak cantek laaa.. tak naik seri baju kalau pakai putih ni. Masa hasben cakap camtu, punya la defend diri sendri, kata "ehh.. putih ni matching la ngan putih kat baju". Serius, memang matching kaler putih tu ngan putih kat baju tu. So hasben pon agree je la kann..
Pastu balik try la buat manik beriring. Punya la macam2 gaya jahitan telah dicuba untuk jahit bagi jadi manik beriring, but still nampak pelik dan tak kemas langsung! Seriusly annoyed masa buat ni. Sepatutnye amek gambar betapa buruknye attemp untuk jahit manik beriring masa tu kan? tapi telupa laaaa..

Di pendekkan citer, last2 carik tutorial kat intenet, caner sebenarnye nk jahit manik beriring nih. Alhamdulillah, jumpe jugak. Tapi tak ingat from which website/blog. Balik tu pegi beli manik baru utk ganti manik putih heksagon tu, sbb manik tu seriusly tak ngam ngan manik purple tu. Combination yang tak kemas dan tak cantek langsung. So end up beli manik silver white transparent silinder gak, cuma size lain sikit dr yang purple silinder tu and cuba apply jahitan from the tutorial. Alhamdulillah menjadi la jugak akhirnya!
Beginilah hasilnye;


(click picture to enlarge)
 Nama: Double Beriring



(click to picture enlarge)
Nama: Double Beriring

Sunday, October 11, 2009

My first try-out

Memula minat belajar manik masa browsing through internet, tejumpa fotopages beaders yang sangat creative dan cantek. Pastu tanye ofismet, susah tak nk wat manik. Katanya memula nk dpt tune tu susah la.. but if dah dapat tangkap caner nk wat, mmg senang je. Dengar je camtu, terus la teruja nk jahit manik. A few months afterwards a friend of hubby (Nisa) posted some pictures of her creations in facebook. Punya la cantik smpai jeles rasanya.. heheee!! Makin membakar la semangat nk jahit manik, sbb nisa pon baru belajar jahit manik, but boleh hasilkan creation yang sangat bombastik! So terus terasa "I believe I can flyyyyyy".

Browse punya browse pasal tutorial nk jahit manik, maka jumpa kat blog Cheq Sue about tutorial untuk buat manik pintal. Ni kira manik paling simple and sempoi la nih!
Maka saya pon dengan semangat nye, terus pegi beli manik kat kedai cina dekat ngan umah mak tuh. First time beli, tak bawak baju lak tu. main hentam je beli warna. Kira main teka je beli manik warna apa... Sekali balik, tengok2 baju tu kaler oren. Yang dibelinye manik warna gold and cekelat. Naseb la badan.. da la tesalah beli warna, siap beli banyaaaakkk pulak tu! Almaklumla, first time jahit manik, bukan main eager nk try corak itu ini kat baju. Last2 buat pintalan yang simple je. Maka inilah hasil pintalan pertama yang hasanah belajar tentang jahit manik.


(click picture to enlarge)
Nama corak: Pintalan Sejajar

Lesson learned;
1) Jangan beli manik banyak sangat
2) Bawak baju untuk compare warna sesuai atau tak
3) Plan dulu nk buat corak apa, baru decide manik apa untuk dibeli

Saturday, October 10, 2009

PAYMENT & ORDER

PAYMENT

Pembayaran penuh hanya dilakukan setelah tempahan anda siap. Maka pembayaran haruslah dibuat dalam tempoh 48jam selepas anda mendapat notis dari saya.

Anda boleh membuat pembayaran melalui bank-in/transfer ke:

Bank: Maybank
Nama: Siti Noor Hasanah Binti Ghazali
No akaun: Saya akan email/sms/call anda untuk makluman anda

Bank: CIMB
Nama: Siti Noor Hasanah Binti Ghazali
No akaun: Saya akan email/sms/call anda untuk makluman anda  

Sila sms/call/email saya sejurus selepas anda melakukan pembayaran. Saya akan poskan baju anda sebaik bayaran diterima.
Terima kasih
(^-^)


ORDER 

Bagaimana nak buat tempahan ye?
Browse and tengok2 semua hasil sulaman saya, sekiranya anda berpuas hati dengan kekemasan dan kreativiti saya, boleh la teruskan langkah seterusnya:
Senang je, just call/sms/email saya untuk maklumkan keinginan anda untuk menempah sulaman manik dengan saya.

Call / SMS:
Email:  (sila buangkan [at] dan gantikan dengan @. Ini untuk mengelak spam memenuhi Inbox saya)


PRICING & SHIPPING

PRICING

Buat masa ini saya meletakkan harga seperti berikut:

SIMPLE:
Kedua belah lengan baju: RM25 (exclude shipping price)
Leher: RM25 (exclude shipping price)
Kaki baju: RM35 (exclude shipping price)

HEAVY:
Bergantung kepada design yang anda inginkan.

ELSE:
Anda boleh mengemukakan bajet dan design yang anda inginkan. Kita akan bincang bersama2 dan saya akan kemukakan contoh design yang bersesuaian dengan bajet anda. Jangan risau, saya akan pastikan baju anda cantik bergemerlapan walaupun dengan bajet yang sedikit.
Sekiranya anda punyai bajet yang lebih, lebih sarat design yang dapat dicadangkan beserta penggunaan manik yang lebih cantik dan pelbagai rupa!

Segala cadangan, rekaan dan permintaan akan saya cuba tunaikan selagi daya. (^-^)

SHIPPING

Sila tambah RM6 untuk sepasang baju untuk pengeposan di kawasan Semenanjung Malaysia dan RM8 sepasang baju untuk kawasan Sabah & Sarawak. Namun sekiranya anda menghantar lebih daripada satu baju untuk tempahan, saya akan berikan diskaun shipping. Kos penghantaran termasuk wrapping services untuk memelihara baju yang dihantar.

Kaedah penghantaran yang saya pilih ialah Pos Laju.

Anda boleh juga menghantar/menerima baju anda by-hand kepada/daripada saya. Lokasi yang saya mampu pergi untuk ambil/hantar baju anda ialah:

WEEKDAYS:
KLCC, PAVILION, UOA, WISMA COSWAY, WISMA GENTING, LOT 10, KLCC CONVENTION CENTRE, STATION LRT KELANA JAYA DAN LAIN-LAIN STATION LRT PUTRA.

WEEKEND:
STATION LRT SETIAWANGSA, JUSCO AU2, JUSCO WANGSA MAJU, CAREFOUR WANGSA MAJU, GIANT KELANA JAYA, SUBANG PARADE, CAREFOUR SUBANG.

TERMS & CONDITIONS


Tempoh untuk siap tempahan bergantung kepada situasi. Saya akan maklumkan kepada anda mengenai pertukaran tarikh sekiranya ada. Namun kebiasaannya, saya mengambil masa satu - dua minggu untuk menyiapkan sepasang baju.
Pembayaran penuh hanya dilakukan setelah tempahan anda siap. Maka pembayaran haruslah dibuat dalam tempoh 48jam selepas anda mendapat notis dari saya.

Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan/kehilangan baju yang dihantar melalui pos. Oleh itu, saya mencadangkan anda menggunakan khidmat pos yang selamat bagi mengelak kejadian tak diingini. Saya akan berusaha sebaiknya untuk menjaga and protect semua baju daripada anasir2 yang mampu merosakkannya. 

Kebahagiaan pelanggan adalah ketenangan saya... (^-^)

Tuesday, October 6, 2009

Officially announce: Blog Reka Manik!

Akhirnya bejaya gak saya open a new blog khusus untuk jahitan manik yang saya usahakan. Actually I've started out learning about manik Julai haritu. Masa tu baru mencuba2. Belajar sendiri2 from internet. Search sana sini for my first lesson. And so, my first lesson was pintalan! Saya belajar jahit pintal from tutorial daripada website Cheq Sue!
Terima kasih akak sbb letak tutorial caner nk belajar jahit manik yang paling simple and senang paham. The pictures were so clear and senang nak paham. Kalau ada kengkawan yg nak belajar jahit manik, boleh la tgk from blog Cheq Sue yeh!

So afterward, saya beranikan diri buat manik beriring, manik tabur and so on. Atas izin Allah, Alhamdulillah, bejaya gak saya hasilkan jahitan manik kat baju saya, adik2, mak dan kawan2.. Skang saya nk cuba amek tempahan from others pulak. Saya nak sangat kembangkan talent yang ada. Mana tahu satu hari nanti boleh terima baju daripada butik ke kan? Cita2 tak salah tinggi kannn?

Kepada pengunjung blog, jika ada teguran, comment dan apa sahaja yang terlintas di fikiran, sila lah beritahu pada saya ye.. Saya open kepada apa jua teguran untuk memperbaiki diri ini. Saya ni baru nk merangkak. Lepas ni baru nk pegi kelas jahitan manik untuk mantapkan lagi skill. Semoga lepas ni, saya boleh berjalan pulak! Doa kan saya ye kawan2..!!

Enjoys~!

Nuffnang adds