Tempoh untuk siap tempahan bergantung kepada situasi. Saya akan maklumkan kepada anda mengenai pertukaran tarikh sekiranya ada. Namun kebiasaannya, saya mengambil masa satu - dua minggu untuk menyiapkan sepasang baju.
Pembayaran penuh hanya dilakukan setelah tempahan anda siap. Maka pembayaran haruslah dibuat dalam tempoh 48jam selepas anda mendapat notis dari saya.
Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan/kehilangan baju yang dihantar melalui pos. Oleh itu, saya mencadangkan anda menggunakan khidmat pos yang selamat bagi mengelak kejadian tak diingini. Saya akan berusaha sebaiknya untuk menjaga and protect semua baju daripada anasir2 yang mampu merosakkannya.
Kebahagiaan pelanggan adalah ketenangan saya... (^-^)